Thursday, May 21, 2009

Faktor Pembentukan Tanah_Nota

























































3. Faktor-faktor kejadian tanah

Penyelidikan terhadap kejadian tanah menentukan terdapat lima factor yang mempengaruhi pembentukan tanah (S) iaitu bahan asas / induk (p), iklim (c), topografi (r), organism hidup (o), dan masa (t) (Jenny H. 1941). Lima factor ini adalah berbeza tetapi saling berinteraksi dengan hubungan seperti berikut:
S = f (c.o.p.r)t


Faktor-faktor pembentukan tanah ini menjadikan profil tanah kawasan tersebut ciri-cirinya yang tersendiri.
3.1 Bahan asas / batuan induk
Bahan asas / batuan induk adalah penentu utama dalam pembentukan berbagai jenis tanah kerana ia mempengaruhi banyak asas sifat fizikal dan kimia tanah tersebut, terutama pada peringkat awal pembentukannya. Sifat bahan induk memberikan pengaruh perkembangan tanah termasuk tekstur, komposisi mineral dan seterusnya sifat profil tanah. Bahan induk ialah sumber asas pembentukan tanah sesuatu kawasan yang mungkin berasal bari batuan yang telah terbentuk daripada luluhawa batuan induk asli ditempat asalnya ataupun yang telah terbentuk akibat dibawa air, angin ataupun salji/glasier.

Tanah yang terbentuk daripada bahan induk yang mempunyai ciri batuan kasar dan mempunyai bahan mineral yang tahan kepada hakisan biasanya menghasilkan teksktur tanah kasar. Tekstur tanah halus terbentuk daripada bahan induk yang kurang stabil dan mudah dihakis oleh unsure-unsur hakisan seperti air, angin dan salji/glasier.
Tanah yang terbentuk akibat hakisan tinggi terhadap batuan induk dan dimendapkan dibawah lurah dipanggil colluvium. Tanah yang dimendapkan dimuara sungai dan pantai dipanggil alluvium.
Sebagai gambaran kepada keadaan ini, dengan menggunakan sistem pengkelasan tekstur International Soil Science Society (ISSS) Soil Textural Triangle, Rajah I menunjukan keadan berbeza seperti yang dimaksudkan diantara colluvium dan alluvium.


3.2 Iklim
Pengaruh iklim yang penting mempengaruhi pembentukan tanah adalah sejatan dan suhu disebabkan oleh sinaran matahari, curah hujan dan peredaran musim cuaca tergantung kepada kedudukan sesuatu kawasan tersebut dibumi, contohnya jenis iklim tropika di kawasan khatulistiwa, iklim panas di kawasan gurun, iklim sejuk di kawasan kutub dan sebagainya. Hujan yang lebat boleh mengakibatkan hakisan serius dicerun curam dan dikawasan tanah pamah atau delta boleh mengakibatkan takungan air.

Suhu sesuatu kawasan menentukan jenis dan kelajuan luluhawa, contohnya disuhu kawasan tropika mengakibatkan luluhawa berlaku secara berterusan disebabkan sinaran matahari yang berterusan sepanjang tahun. Dibandingkan dikawasan iklim sederhana yang tidak mempunyai intensitas sinaran matahari berterusan sepanjang tahun, tanah dikawasan tersebut dianggap lebih subur kerana kurangnya factor luluhawa seperti dikhatulistiwa.

Kesan iklim cuaca panas dan penyejatan banyak mempengaruhi ciri-ciri fizikal dan reaksi mineral / kimia bahan induk tanah. Iklim cuaca yang secara global berbeza tergantung kepada kedudukan kawasan di bumi secara langsung mempengaruhi jenis tumbuhan yang seterusnya mempengaruhi pembentukan tanah. Penyejatan juga mempengaruhi factor pembentukan horizon tanah disebabkan proses “translocation” ion-ion yang terlarut melalui lapisan tanah. Dalam perjalanan masa juga, iklim menjadi pengaruh utama kepada pembentukan tanah disebabkan hakisan dan kesannya kepada jenis tumbuhan sesuatu kawasan tersebut. Iklim juga mempengaruhi ketumpatan udara yang memberi kesan kepada arah dan kelajuan angin. Kesan tiupan angin ini jelas terasa di kawasan gurun pasir.

Kesan haba / suhu panas kebanyakan berasal dari sinaran matahari untuk menaikkan suhu tanah. Matahari yang berada disuhu 6,000K (Russell, 1973) memancarkan haba melalui gelombang pendek. Kebanyakan daripada gelombang pendek itu dhambur dan ditaburkan oleh bahan-bahan diatmosfera bumi (Houghton,1977), Yang mana terlepas daripada pembalikan dan serapan atmosfera dan sampai ke bumi akan menaikkan suhu tanah. Keupayaan haba dipengaruhi oleh ruang rongga dan kandungan kelembapan air tanah (Taylor dan Jackson, 1956b)

Diantara jenis iklim yang ditentukan oleh kedudukan sesuatu kawasan dimukabumi termasuklah iklim seperti tropika dikhatulistiwa, suhu sejuk di kutub utara dan selatan, panas di gurun padang pasir dan tundra didataran tengah asia.

3.3 Topografi
Topografi atau rupabumi juga merupakan salah satu faktor penting pembentukan tanah. Faktor topografi ini adalah seperti paras ketinggian, kecerunan, kedudukan sesuatu kawasan berbanding kawasan sekitarnya dan paras air bumi dalam tanah sesuatu kawasan tersebut.

Topografi tersebut mempengaruhi pembentukan tanah samada dengan mudah air mengalir diatas permukaan tanah kawasan tersebut. Pengaruh hakisan tergantung kepada topografi samada hakisan oleh hujan lebat, hakisan glasier atau akibat daripada hakisan angin. Contohnya kedudukan topografi yang menghadap ke arah laut cenderung mendapat banyak tiupan angin kencang di musim tengkujuh yang mengakibatkan kemungkinan hakisan angin berlaku. Pada masa yang sama, musim tengkujuh yang selalunya bersamaan dengan hujan lebat boleh mengakibatkan hakisan berganda angin dan hujan.

Beberapa contoh cirri topografi tanah adalah seperti kawasan pergunungan, kawasan berbukit, kawasan tanah rata dan kawasan padang pasir

Kedudukan topografi juga mempengaruhi bagaimana unsur-unsur hakisan seperti hujan, angin, sinaran panas matahari, salji dan glasier membentuk tanah di kawasan tersebut. Topografi kawasan cerun dikawasan tinggi yang menghadapi sinaran cahaya matahari secara langsung akan menjadi lebih kering dibandingkan dengan kawasan yang terlindung daripada sinaran langsung matahari. Kawasan diantara lereng / cerun mendapat saliran air dan membolehkan pokok tumbuh lebih baik dibandingkan dengan kawasan terbuka kerana tidak mempunyai keupayaan menampung air.

Dikawasan tinggi yang bercerun curam, hakisan permukaan mengatasi pembentukan tanah menyebabkan pembentukan tanah yang nipis berbanding kawasan landai ataupun kawasan rata. Saliran tanah juga dipengaruhi oleh topografi dimana tanah dikawasan rata lebih banyak kandungan air berbanding kawasan cerun yang lebih kering. Topografi kawasan tanah rata mengakibatkan aliran air cenderung bertakung seperti kawasan muara sungai dan delta. Ini mempengaruhi pembentukan tanah dikawasan tersebut yang bukan sahaja terbentuk oleh bahan asas / batuan induk tetapi juga oleh proses penghanyutan.

Kandungan air dalam tanah juga mempengaruhi ciri-ciri tanah dimana tanah yang mengandungi banyak air berlakunya kekurangan udara. Ini akan menghalang perkembangan pokok tumbuhan dikawasan dengan keadaan topografi yang rata dan cenderung mendapat pengaliran air dari kawasan yang lebih tinggi.

Dalam keadaan aerobic / ada udara, organisma akan menguraikan bahan-bahan seperti daun yang akan menghasilkan nutrien tumbuhan. Manakala keadaan anaerobic / tanpa udara, bakteria anaerobic akan menghasilkan bahan kimia yang toksik kepada tumbuhan. Dengan itu, topografi sesuatu kawasan menentukan keadaan udara dalam tanah yang memberi pengaruh organisma hidupan dikawasan tersebut. Kitaran hidup organisma dikawasan tersebut akibat dari keadaan topografi memberi kesan pembentukan tanah dimasa akan hadapan. Contohnya, sekiranya dikawasan lembah delta yang subur, aktiviti pertanian manusia memberi kesan kepada pembentukan tanah dikawasan tersebut yang berbeza dengan dikawasan tanah tinggi yang cerun, kurang berpenghuni dan kurang aktiviti pertanian.

3.4 Organisma
Organisma, tumbuhan dan haiwan termasuk manusia, memainkan peranan penting dalam kejadian pembentukan dan komposisi tanah. Organisma menanbah unsur organik, membantu proses pereputan, penghakisan dan kitaran unsure nutrient / mineral dalam tanah. Kesuburan, kepelbagaian dan kepadatan organism yang hadir di sesuatu kawasan juga ditentukan oleh kedudukan lokasi dimukabumi dan berkait rapat dengan keadaan cuaca setempat.
Kitaran Nitrogen yang digambarkan dibawah menunjukan peranan organisma dalam kejadian pembentukan tanah.
KITARAN NITROGEN (NITROGEN CYCLE)
Tanaman mengambil unsur-unsur nutrient daripada tanah dan apabila tumbuhan mati dan jatuh ke permukaan mukabumi, perubahan organik akibat pereputan mengakibatkan unsur-unsur organik akan menyuburkan tanah untuk tanaman seterusnya. (Foth H.D., 1988)
Dengan demikian berlaku kitaran yang berterusan unsur-unsur organik / mineral diantara tumbuhan dan tanah. Kitaran semulajadi ini memastikan kesuburan tanah terjaga secara berterusan. Tanpa adanya tumbuhan, penghakisan tanah akan cepat berlaku, melunturkan unsur-unsur organik / mineral dan seterusnya mengurangkan kemampuan tanah menampung habitat hidupan disekitar kawasan tersebut.
Gambar1: Kitaran nutrien dibawah tumbuhan berdaun lebar seperti pokok oak dan maple. ( Oberlander & Muller, 1987)
Tahap dimana nutrien / unsure organic dikitar semula tergantung kepada luasnya sesuatu organism seperti tumbuhan menggunakan kawasan tanah disekitarnya. Contohnya tumbuhan oak dan maple yang berdaun lebar, biasanya memerlukan unsure nutrien yang tinggi dan menyumbang punca unsur nutrien tersebut daripada daun-daun dan ranting kayu yang mati dan jatuh kebumi seterusnya reput di atas bumi. Pereputan daun dan ranting mati menjadi unsur nutrient yang dikitar semula dan digunakan balik oleh tumbuhan. Dengan demikian, tanah dikawasan hutan seperti ini selalunya mempunyai kesuburan tanah yang tinggi.


Gambar2: Kitaran nutrien dikawasan pokok tirus ( Oberlander & Muller, 1987)
Pokok tirus biasanya mempunyai keperluan nutrien yang rendah. Dedaun dan ranting mati yang jatuh kebumi juga tidak mengandungi nutrien yang tinggi. Akibatnya kitaran unsur-unsur nutrient / soluble nutrients seperti kalsium, magnesium, natrium dan kalium adalah rendah menyebabkan larutlesap dan seterusnya memberikan kesan asidik pada tanah.
Makro-organisma seperti cacing tanah mempengaruhi pembentukan tanah
(Sumber: A. Odoul. FAO#17449)
Organisma mikro- dan makro- tanah juga memberi factor pembentukan tanah. Tahap pereputan bahan organik seperti dedaun, ranting dan haiwan mati depengaruhi oleh organisma tanah seperti bacteria dan cacing tanah. Haiwan yang hidup menggali tanah dan membuat lapisan dibawah tanah sebagai tempat hidup seperti beberapa jenis semut tanah juga memberi kesan kepada pembentukan tanah. Mereka membuat laluan diantara ruang-ruang tanah untuk sebagai laluan. Akibatnya, ruang-ruang laluan ini menjadi ruang untuk pengudaraan dan pengairan dalam tanah, sekaligus membantu penyerapan mineral dan unsur-unsur nutrient kedalam tanah.


Cacing membuat ruang-ruang untuk akar, udara dan penyerapan air kedalam tanah menjadi lebih berkesan. Kalau ruang rongga <11%, style="font-weight: bold;">3.5 Masa
Pembentukan tanah disesuatu kawasan berubah mengikut perubahan masa. Jangkamasa yang diperlukan untuk tanah matang bergantung kepada faktor-faktor pembentukan tanah yang lain terutama topografi dan bahan asas. Faktor-faktor yang lain diatas dipengaruhi oleh faktor masa yang panjang mungkin memerlukan waktu ratusan ataupun jutaan tahun untuk pembentukan tanah di sesuatu kawasan tersebut. Faktor masa inilah yang menentukan kematangan tanah sesuatu tempat.

Tanah yang matang tidak semestinya lebih subur dari tanah lanar yang baru. Contohnya tanah lava gunung berapi yang tersembur keluar dari gunung walaupun masih baru dibandingkan tanah di gunung yang sudah terbentuk lama, setelah proses penyejukan secara alami dalam jangka waktu yang pendek, mungkin dalam beberapa bulan, sudah boleh diusahakan sebagai tanah pertanian. Kawasan bekas lava tersebut yang subur dengan bahan nutrient mungkin boleh dimanfaatkan untuk aktiviti kehidupan manusia.

Umur tanah disesuatu kawasan biasanya dikira mengikut tempoh waktu dalam ukuran tahun semenjak tanah dikawasan tersebut menjadi stabil secara keseluruhan yang memungkinkan proses pembentukan tanah dapat berjalan secara berterusan. Jangka waktu yang diperlukan untuk tanah dikawasan tersebut terbentuk tergantung kepada intensitas faktor-faktor lain kejadian pembentukan iaitu iklim dan organisma disamping pengaruh topografi dan bahan induk dikawasan tersebut. Contohnya, tanah yang belum terbentuk baik tidak mempunyai profil horizon tanah yang jelas dibandingkan tanah yang telah matang mempunyai profil horizon tanah yang jelas menunjukkan keseluruhan lapisan-lapisan horizon tanah.
Secara keseluruhan, dalam peredaran masa, beberapa kejadian berikut berlaku terhadap tanah:
 Lapisan horizon tanah menjadi lebih padat dan tebal termendap kedalam tanah.
 Bertambahnya pengumpulan mineral besi (iron) menjadikan warna tanah lebih kemerah-merahan
 Bertambahnya kandungan tanah liat
 Bertambahnya sifat asidik tanah / menurunnya kadar nilai pH tanah
 Bertambahnya kejadian larutlesap menyebabkan tanah menjadi kurang subur

No comments:

Post a Comment