Friday, October 16, 2009

SOALAN 1: BAGAIMANA PRODUK HILIRAN DARI KILANG KELAPASAWIT MEMBANTU PENGEKALAN ALAM SEKITAR - Draft

1. PENGENALAN

Perladangan kelapa sawit menghasilkan tandan buah segar (TBS) setelah pokok kelapa sawit mencapai umur matang (mature) iaitu diantara 30-36 bulan. Ini tergantung kualiti bibit kelapa sawit yang ditanam dan kerja-kerja menyenggaraan yang dilakukan terhadap tanaman kelapa sawit tersebut terutama dalam aspek sistim pembajaan yang diterapkan diperladangan tersebut.

Setelah dituai, tandan buah segar tersebut mestilah diangkut ke kilang kelapa sawit dalam tempoh 24-jam. Ini untuk memastikan kualiti hasil pemprosesan dikilang kelapa sawit terjamin dengan mutu yang tinggi terutama untuk menghasilkan produk utama kelapa sawit iaitu minyak sawit mentah. Disamping produk tersebut, daripada pemprosesan tandan buah segar dikilang kelapa sawit juga menghasilkan produk utama lainnya iaitu isirong sawit dan produk sampingan dari sisa kilang seperti buah tandan kosong, serat perah dan tempurung sawit.

Daripada hasil sisa kilang kelapa sawit tadi, melalui penyelidikan yang telah dikembangkan, bahan sisa buangan kilang kelapa sawit yang dahulunya dianggap kurang bernilai kini digunakan sebagai bahan asas untuk mengeluarkan produk-produk hiliran yang bermutu dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. Hal ini mengurangkan kerja-kerja pelupusan sisa buangan kilang sekaligus boleh membantu dalam pengekalan alam sekitar.


2. HASIL PEMPROSESAN DI KILANG KELAPA SAWIT

Hasil dari kilang kelapa sawit teridir daripada produk utama dan produk sampingan:
Produk utama: minyak sawit mentah
Produk Sampingan: Buah tandan kosong, serat perah dan tempurung sawit

2.1 PRODUK UTAMA
Produk utama yang dihasilkan dari kilang kelapa sawit ialah minyak sawit mentah dan isirong sawit. Daripada hasil utama tersebut boleh menghasilkan beberapa bahan-bahan lain setelah melalui penapisan dan proses kilang yang khas iaitu diantaranya termasuklah minyak sawit terneutral, minyak sawit tertapis, olein sawit mentah, stearin sawit mentah, minyak asid sawit dan lain sebagainya.

2.2 PRODUK SAMPINGAN
Produk sampingan dari kilang kelapa sawit merupakan sisa dari buah tandan segar kelapa sawit yang telah diproses dari kilang iaitu buah tandan kosong, serat perah dan tempurung sawit. Sisa bahan-bahan tersebut tidak dibuang tetapi sebaliknya di manfaatkan secara kitar-semula dengan menggunakan teknologi yang telah dibangunkan oleh para penyelidik dalam industri kelapa sawit. Dengan adanya penyelidikan tersebut yang menghasilkan teknologi mengolah sisa bahan buangan kilang kelapa sawit menjadi bahan-bahan bernilai yang boleh dimanfaatkan, kerja-kerja melupuskan sisa bahan buangan kilang juga dapat dikurangkan.


3. CADANGAN PRODUK HILIRAN KELAPA SAWIT MEMBANTU MENGEKALKAN ALAM SEKITAR

Industri kelapa sawit Malaysia pada masa kini telah pun maju dengan penyelidik yang telah mengembangkan teknologi moden yang mampu mengolah sisa bahan kilang kelapa sawit menjadi bahan-bahan bernilai yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. Beberapa contoh hasil hiliran daripada sisa bahan kilang kelapa sawit adalah perabot, papan serpai, kertas, komps dan tikar sungkupan.

Tandan-tandan kosong kelapa sawit merupakan sumber sisa-sisa lignoselulosa yang sesuai diolah untuk menghasilkan papan-papan serpai dan kertas. Dengan memanfaatkan tandan-tandan kosong tersebut, industri perabot dapat meggunakan papan-papan serpai tersebut dan boleh menjamin penyediaan bahan mentah yang berterusan. Bahan mentah untuk menghasilkan papan tersebut juga mesra alam disebabkan tidak memerlukan kegiatan penebangan pokok-pokok hutan untuk menghasilkan papan-papan tersebut. Tandan-tandan kosong juga boleh diproses menjadi abu tandan, bahan kompos dan dijadikan tikar sungkupan / geotekstil.

Sisa bahan kilang kelapa sawit juga boleh menghasilkan bahan-bahan hiliran lain yang boleh dikomersilkan seperti berikut:
a) Makanan ruminant untuk industri penternakan
b) Produk komposit dari gentian sisa-sisa lignoselulosa untuk menghasilkan
papan lapis, papan gentian berketumpatan sederhana dan papan serpai
c) Pulpa dan kertas
d) Karbon aktif


4. KESIMPULAN
Di zaman globalisasi masakini, industri kelapa sawit tidak terlepas dari tuntutan masyarakat dunia yang semakin mendesak melaksanakan amalan lestari dalam semua aspek industri perladangan kelapa sawit, termasuklah dalam pemprosesan kelapa sawit dan dalam pengurusan sisa-sisa bahan kilang. Lebih-lebih lagi sebagai pengguna, amalan lestari ini dijadikan sebagai salah satu kriteria untuk megiktiraf daya saing sesebuah produk dipasaran antarabangsa.

Dengan adanya teknologi yang mampu mengolah sisa bahan kilang kelapa sawit menjadi produk hiliran yang bernilai dan memanfaatkan kepada manusia, ini memastikan industri perladangan kelapa sawit mempunyai daya saing agar dapat bertahan dipersada pasaran global. Penghasilan produk-produk hiliran dari sisa bahan sampingan kilang kelapa sawit yang pada suatu masa dahulu dianggap sebagai bahan buangan kini mampu dikomersilkan dan proses daur ulang ini membuktikan industri kelapa sawit mampu berusaha mencari langkah-langkah menuju kearah sisa sifar dan mesra alam.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment