Sunday, May 17, 2009

Faktor Pembentukan Tanah -Batuan Asas,Ikilim & Organisma

3. Faktor-faktor pembentukan tanah
Penyelidikan terhadap pembentukan tanah menentukan terdapat linma factor yang mempengaruhi pembentukan tanah (S) iaitu bahan asas / induk (p), iklim (c), topografi (r), organism hidup (o), dan masa (t). Lima factor ini adalah berbeza tetapi saling berinteraksi dengan hubungan seperti berikut:
S = f (c.o.p.r)t
Faktor-faktor pembentukan tanah ini menjadikan profil tanah kawasan tersebut ciri-cirinya yang tersendiri.
3.1 Bahan asas / batuan induk
Bahan asas / batuan induk adalah penentu utama dalam pembentukan berbagai jenis tanah kerana ia mempengaruhi banyak asas sifat fizikal dan kimia tanah tersebut, terutama pada peringkat awal pembentukannya. Sifat bahan induk memberikan pengaruh perkembangan tanah termasuk tekstur, komposisi mineral dan seterusnya sifat profil tanah. Bahan induk ialah sumber asas pembentukan tanah sesuatu kawasan yang mungkin berasal bari batuan yang telah terbentuk daripada luluhawa batuan induk asli ditempat asalnya ataupun yang telah terbentuk akibat dibawa air, angin ataupun salji/glasier.
Tanah yang terbentuk daripada bahan induk yang mempunyai ciri batuan kasar dan mempunyai bahan mineral yang tahan kepada hakisan biasanya menghasilkan teksktur tanah kasar. Tekstur tanah halus terbentuk daripada bahan induk yang kurang stabil dan mudah dihakis oleh unsure-unsur hakisan seperti air, angin dan salji/glasier.
Tanah yang terbentuk akibat hakisan tinggi terhadap batuan induk dan dimendapkan dibawah lurah dipanggil colluvium. Tanah yang dimendapkan dimuara sungai dan pantai dipanggil alluvium.

3.2 Iklim
Pengaruh iklim yang penting mempengaruhi pembentukan tanah adalah sejatan dan suhu disebabkan oleh sinaran matahari, curah hujan dan peredaran musim cuaca tergantung kepada kedudukan sesuatu kawasan tersebut dibumi, contohnya jenis iklim tropika di kawasan khatulistiwa, iklim panas di kawasan gurun, iklim sejuk di kawasan kutub dan sebagainya. Hujan yang lebat boleh mengakibatkan hakisan serius dicerun curam dan dikawasan tanah pamah atau delta boleh mengakibatkan takungan air. Suhu sesuatu kawasan menentukan jenis dan kelajuan luluhawa, contohnya disuhu kawasan tropika mengakibatkan luluhawa berlaku secara berterusan disebabkan sinaran matahari yang berterusan sepanjang tahun. Dibandingkan dikawasan iklim sederhana yang tidak mempunyai intensitas sinaran matahari berterusan sepanjang tahun, tanah dikawasan tersebut dianggap lebih subur kerana kurangnya factor luluhawa seperti dikhatulistiwa.

Kesan iklim cuaca panas dan penyejatan banyak mempengaruhi ciri-ciri fizikal dan reaksi mineral / kimia bahan induk tanah. Iklim cuaca yang secara global berbeza tergantung kepada kedudukan kawasan di bumi secara langsung mempengaruhi jenis tumbuhan yang seterusnya mempengaruhi pembentukan tanah. Penyejatan juga mempengaruhi factor pembentukan horizon tanah disebabkan proses “translocation” ion-ion yang terlarut melalui lapisan tanah. Dalam perjalanan masa juga, iklim menjadi pengaruh utama kepada pembentukan tanah disebabkan hakisan dan kesannya kepada jenis tumbuhan sesuatu kawasan tersebut. Iklim juga mempengaruhi ketumpatan udara yang memberi kesan kepada arah dan kelajuan angin. Kesan tiupan angin ini jelas terasa di kawasan gurun pasir.

3.3 Organisma
Organisma, tumbuhan dan haiwan termasuk manusia, memainkan peranan penting dalam pembentukan dan komposisi tanah. Organisma menanbah unsure organik, membantu proses pereputan, penghakisan dan kitaran unsure nutrient / mineral dalam tanah. Kesuburan, kepelbagaian dan kepadatan organism yang hadir di sesuatu kawasan juga ditentukan oleh kedudukan lokasi dimukabumi dan berkait rapat dengan keadaan cuaca setempat.
Tanaman mengambil unsur-unsur nutrient daripada tanah dan apabila tumbuhan mati dan jatuh ke permukaan mukabumi, perubahan organik akibat pereputan mengakibatkan unsur-unsur organik akan menyuburkan tanah untuk tanaman seterusnya. (Foth H.D., 1988)
Dengan demikian berlaku kitaran yang berterusan unsur-unsur organik / mineral diantara tumbuhan dan tanah. Kitaran semulajadi ini memastikan kesuburan tanah terjaga secara berterusan. Tanpa adanya tumbuhan, penghakisan tanah akan cepat berlaku, melunturkan unsur-unsur organik / mineral dan seterusnya mengurangkan kemampuan tanah menampung habitat hidupan disekitar kawasan tersebut.

Organisma mikro- dan makro- tanah juga memberi factor pembentukan tanah. Tahap pereputan bahan organik seperti dedaun, ranting dan haiwan mati depengaruhi oleh organisma tanah seperti bacteria dan cacing tanah. Haiwan yang hidup menggali tanah dan membuat lapisan dibawah tanah sebagai tempat hidup seperti beberapa jenis semut tanah juga memberi kesan kepada pembentukan tanah. Mereka membuat laluan diantara ruang-ruang tanah untuk sebagai laluan. Akibatnya, ruang-ruang laluan ini menjadi ruang untuk pengudaraan dan pengairan dalam tanah, sekaligus membantu penyerapan mineral dan unsure-unsur nutrient kedalam tanah.
Kegiatan manusia juga memberi kesan kepada pembentukan tanah. Pembukaan kawasan hutan secara berleluasa dan tidak terkawal meyebabkan kawasan hutan menjadi terbuka dan gondol, mudah di hakis akibat unsur-unsur iklim seperti hujan, sinaran panas matahari, tiupan angin dan kesan salji.

No comments:

Post a Comment